Browse Exhibits (1 total)
Perubatan Tradisional Melayu
Sejak sekian lama, amalan perubatan dalam masyarakat Melayu telah wujud dan berkembang. Selalunya, kaedah perubatan tradisional ini berpusatkan pada jampi serapah atau mantera. Ini berkaitan dengan kepercayaan orang dahulu terhadap semangat (spirit) atau penunggu, yang termasuk makhluk halus, jin, syaitan, iblis, hantu, dan lain-lain yang boleh menyebabkan gangguan atau penyakit. Walau bagaimanapun, doa, serapah, jampi, mantera atau azimat hanyalah satu aspek usaha penyembuhan.
Penggunaan ramuan ubatan (materia medika) yang biasanya berasal daripada tumbuhan, haiwan dan bahan galian adalah komponen dalam usaha penyembuhan penyakit. Dalam perubatan tradisional Melayu, empat unsur bumi: tanah, air, angin dan api. Setiap komponen mempunyai ciri tersendiri. Tanah sejuk dan kering, air sejuk dan basah, angin panas dan basah, dan api panas dan kering. Untuk menjamin kesihatan manusia, adalah penting untuk mengekalkan keseimbangan kesemua komponen ini. Pengamal perubatan tradisional akan mencari penyakit dan ubat mengikut jenis dan sifatnya.