Herba adalah tumbuhan di mana daun, bunga atau biji digunakan untuk perasa makanan, ubat-ubatan atau menggunakan baunya yang menyenangkan untuk sesuatu produk.
Secara amnya, tumbuhan herba bermaksud tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan dan digunakan sebagai ramuan untuk makanan tambahan dan kesihatan, produk kosmetik, bau-bauan dan peralatan mandian.
Manuskrip ilmu perubatan tradisional Melayu merupakan sumber peribumi yang penting untuk mengungkapkan ketinggian pengetahuan orang Melayu tentang pelbagai jenis bidang ilmu.