Terdapat kesamaan penggunaan unsur-unsur dinamisme terutama yang melibatkan mekanisme kebergantungan penyembuhan daripada bacaan atau kata-kata, bahan dan alatan, tumbuhan, deria, pantang larang dan bilangan atau angka serta azimat.
Kajian perubatan tradisional di negara ini perlu ditingkatkan dan ditetapkan garis panduan khusus bagi memperoleh pengiktirafan pertubuhan kesihatan antarabangsa.