Terdapat kesamaan penggunaan unsur-unsur dinamisme terutama yang melibatkan mekanisme kebergantungan penyembuhan daripada bacaan atau kata-kata, bahan dan alatan, tumbuhan, deria, pantang larang dan bilangan atau angka serta azimat.
Rukyah (jampi) atau disebut sebagai jampi dalam bahasa Melayu merupakan salah satu daripada jenis rawatan tradisional dengan menggunakan doa dan bacaan daripada ayat suci al-Quran dan hadis Nabi Muhammad (s.a.w).