Ritual perubatan tradisional etnik Bajau di Sabah: analisis dari perspektif hukum Islam

Dublin Core

Title

Ritual perubatan tradisional etnik Bajau di Sabah: analisis dari perspektif hukum Islam

Subject

kajian ini bertujuan untuk mendokumentasikan ritual perubatan tradisional etnik Bajau di Sabah menurut perspektif Islam sama ada selari dengan tuntutan syariat Islam ataupun sebaliknya. Kajian ini berfokus kepada ritual perubatan tradisional magombo’ bagi etnik Bajau dari pantai timur dan ritual ngalai untuk etnik Bajau dari pantai barat Sabah. Populasi kajian terdiri daripada etnik Bajau yang terletak di Semporna dan Kota Belud. Pemilihan kawasan kajian ini adalah kerana majoriti etnik Bajau mendiami kawasan berkenaan.

Creator

Syamsul Azizul Marinsah
Asmiaty Amat
Aisyah Tamby Omar

Source

Syamsul Azizul Marinsah, Asmiaty Amat & Aisyah Tamby Omar. (2020). https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/2449

Date

2020

Identifier

nabsk

Text Item Type Metadata

Text

"Magombo’ merupakan ritual warisan yang masih diamalkan oleh etnik Bajau Semporna kerana dianggap mempunyai fungsi sosial dalam masyarakat tersebut. Ritual magombo’ diwarisi dari ‘keturunan jin’ yang merupakan pewaris rasmi barang pusaka dan juga dikenali sebagai langkapan. Langkapan ialah barang pusaka atau barang warisan nenek moyang yang ditinggalkan kepada generasi selepas mereka untuk disimpan sebagai tanda peringatan hasil pemberian nenek moyang (Hjh. Salasiah, 4 Ogos 2016, Kampung Gusung Melanta, Semporna, Sabah)."

Citation

Syamsul Azizul Marinsah, Asmiaty Amat, and Aisyah Tamby Omar, “Ritual perubatan tradisional etnik Bajau di Sabah: analisis dari perspektif hukum Islam,” Penyembuh: Pangkalan Data Bibliografi Perubatan Melayu Tradisional, accessed May 23, 2026, https://www.penyembuh.nusa.my/omeka/items/show/50.